Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


ShoutMix chat widget

Jumaat, 10 Julai 2009

Selasa, 16 Jun 2009

Video Lagu Tema MIZU 2009

Alhamdulillah, dapat upload salah satu lagu tema MIZU yang dijadikan video.

Lagu tema pertama MIZU 2009, Jalan Juang oleh 'Izzatul Islam.



Lagu tema kedua, Mars Kepanduan oleh Shoutul Harokah yang merupakan 'remix' dari album 'Shoutul Harokah IV'

MIZU 2009

MIZU 2009 telah mencatatkan kehadiran tertinggi seramai 42 orang iaitu 23 ikhwah dan 19 akhawat yang terdiri dari penggerak dan pelapis KARISMA di IPT, serta beberapa ikhwah dan akhawat lepasan SPM dari sekitar Kedah.

Tema pada tahun ini ialah "Perkasakan Tarbiah, Selamatkan Ummah" yang telah dipilih hasil pembentangan tema dan logo ketika MIZU kali ini. Tema ini dipilih atas kerasionalan dan kerelevanan MIZU ini sendiri. Kumpulan Hassan Al-Banna 108 telah membentangkan tema ini pada 4hb Jun 2009.

Yang menariknya, MIZU kali ini menampilkan 3 buah lagu tema yang dipilih atas kriteria-kriteria tertentu. Lagu tema tersebut ialah Jalan Juang ('Izzatul Islam), Mars Kepanduan versi baru (Shoutul Harokah) dan Adakah Kau Lupa (Alarm Me). Link download insya Allah akan dimuatkan kelak. Klik nama lagu untuk dapatkan link download.

Selain slot pengisian, terdapat beberapa slot khas dalam mukhayyam ini iaitu PERKASA (aktiviti outdoor dan lasak merangkumi kayak, perahu panjang, wall climbing dan sebagainya), Dakwah Masyarakat Kampung, Dakwah Non Muslim dan Forum Perkongsian Dakwah di IPT oleh KARISMA Nasional (KnL).

Secara umum, mukhayyam ini dapat melahirkan bakal-bakal penggerak di IPT serta meluaskan jaringan dakwah IPT di zon utara khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Sejarah Ringkas MIZU

Atas inisiatif Jamaah Islah Malaysia (JIM) IPT dan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Zon Utara melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, tercetuslah MIZU.

MIZU telah dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2006 di Pulau Pinang, bertempat di Sekolah Tahfiz Al-Islahiah (STAIL), Tok Bedu, Pulau Pinang.

Tahun berikutnya, Perlis dan Kedah telah bekerjasama untuk menganjurkan MIZU bertempat di Darul Fatihin, Kangar, Perlis.

Setelah 'berhibernasi' selama setahun, Kedah mengambil alih sebagai tuan rumah MIZU 2009 bertempat di Kompleks Pendidikan Al-Azhar, Jitra, Kedah pada 30 Mei 2009 - 12 Jun 2009.

Dengan wujudnya MIZU ini, diharapkan ia dapat membentuk penggerak-penggerak dakwah di IPT sekitar zon utara.

Ahad, 7 Jun 2009

Album MIZU 2009 Online

Untuk mempercepatkan loading blog ini,
gambar-gambar penuh dimuatnaik di link di bawah.

4 Jun 2009 - Dakwah di Kampung
6 Jun 2009 - PERKASA


Jumaat, 5 Jun 2009

2009 Jun 04 - Dakwah Masyarakat di Kampung






Lagi gambar di sini.

Mukhayyam Intensif Zon Utara 2009

Bertempat di Kompleks Pendidikan Al-Azhar, Jitra, KEDAH.

29 Mei 2009 - 12 Jun 2009