Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


ShoutMix chat widget

Selasa, 16 Jun 2009

MIZU 2009

MIZU 2009 telah mencatatkan kehadiran tertinggi seramai 42 orang iaitu 23 ikhwah dan 19 akhawat yang terdiri dari penggerak dan pelapis KARISMA di IPT, serta beberapa ikhwah dan akhawat lepasan SPM dari sekitar Kedah.

Tema pada tahun ini ialah "Perkasakan Tarbiah, Selamatkan Ummah" yang telah dipilih hasil pembentangan tema dan logo ketika MIZU kali ini. Tema ini dipilih atas kerasionalan dan kerelevanan MIZU ini sendiri. Kumpulan Hassan Al-Banna 108 telah membentangkan tema ini pada 4hb Jun 2009.

Yang menariknya, MIZU kali ini menampilkan 3 buah lagu tema yang dipilih atas kriteria-kriteria tertentu. Lagu tema tersebut ialah Jalan Juang ('Izzatul Islam), Mars Kepanduan versi baru (Shoutul Harokah) dan Adakah Kau Lupa (Alarm Me). Link download insya Allah akan dimuatkan kelak. Klik nama lagu untuk dapatkan link download.

Selain slot pengisian, terdapat beberapa slot khas dalam mukhayyam ini iaitu PERKASA (aktiviti outdoor dan lasak merangkumi kayak, perahu panjang, wall climbing dan sebagainya), Dakwah Masyarakat Kampung, Dakwah Non Muslim dan Forum Perkongsian Dakwah di IPT oleh KARISMA Nasional (KnL).

Secara umum, mukhayyam ini dapat melahirkan bakal-bakal penggerak di IPT serta meluaskan jaringan dakwah IPT di zon utara khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan